بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمه الله وبركته...
TANDA2 SEBELUM DATANG AJAL
Kematian satu kemestian pada setiap yang hidup. Tiba waktunya roh akan berpisah daripada jasad. Walaupun urusan adalah hak mutlak Allah SWT, namun lebih kurang tiga bulan sebelum datangnya ajal, seseorang itu sudah dapat merasai tanda2 kematiannya.
Antaranya kira2 100 hari lagi seseorang hamba Allah yang akan menemui ajal itu akan merasa seluruh tubuhnya bergegar. Apabila sampai 60 hari lagi, dia akan merasakan pusatnya pula bergerak2. setelah tinggal 40 hari saja lagi, daun yang bertulis namanya di Arasi akan gugur. Kemudian malaikat maut pun datang kepadanya bersama daun yang tercatat namanya sehingga saat2 kematiannya.
Kadang2 orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut. Keadaan itu menyebabakan adakalanya kelihatan seperti runsing. Apabila hanya tinggal tujuh hari saja lagi akan mengidam makanan yang jarang dimakannya.
Saat akhir akan terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Sebaik-baiknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap2.
Malaikat cabut nyawa
Rasullullah SAW bersabda:”apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang2 kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik roh rohnya melalui kedua2 telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan maliakat yang lain masuk menarik roh dari lutut sampai ke perutdan kemudian mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudian mereka keluar. Akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah SAW lagi : “kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail AS akan menebarkan sayapnya sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang disekelilingnya kerana sangat rindu kepada syurga dan melihatnya terus pandangannya kepada sayap Jibrail AS.
Jika yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail AS akan menebarkan sayap sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka. Dalam masa itu dia tidak lagi melihat orang di sekelilingnya kerana terlalu takut melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “tidak ada jalan bagimu melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT”.
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu , maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain.
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anank2 yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: “ Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak2 yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya kerana kaki berkata : “ Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis2 ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata : “ tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan al-Quran dan zikir.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “ Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab2 dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT.
Kemudian Allah berfirman yang bermaksud : “ Wahai malaikat-Ku, tulis asma-Ku di telapak tangan mu dan tunjukkan kepada roh orang mukmin itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT maka malaikat maut menghampiri roh orang mukmin itu dan menunjukkan Asma-Allah. Sebaik melihat Asma-Allah dan cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar pernah ditanya tentang kemana roh pergi setelah keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar RA; “ Roh itu menuju ke tujuh tempat iaitu;
ü roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin
ü roh para Ulama menuju ke Syurga Firdaus
ü roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina;
ü roh para syuhada berterbangan di Syurga mengikut kehendak mereka
ü roh orang mukmin akan tergantung di udara; tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat;
ü roh anak2 orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik dan,
ü roh orang2 kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah SAW: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
ü orang2 yang mati syahid
ü Orang2 yang mengerjakan solat malam bulan Ramadhan dan
ü Orang2 yang berpuasa pada hari Arafah
No comments:
Post a Comment